Monday, 16 December 2013

StudentLife : KCT How ?

Assalamualaikum .

Apa khabar kct -kerja cuti terancang- ? hope everybody dah siapkan .. well , myra baru nak mula buat. *gelak sendiri* . Mesti semua orang dah siapkan KCT korang kan ? alah . jelesnya ..oh no .. tinggal beberapa hari lagi nak balik sekolah .. belum lagi siap kerja rumah .. * tarik nafas- hembus*

okey , pagi tadi myra dah mulakan buat B.Melayu .. a little bit lah yang myra dapat buat


Konflik
perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll
Konotasi
asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat:
Kompleks
1.    rumit, sulit (tidak mudah atau jelas),
2.    kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap
3.    kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan
Kronologi
susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.
Kompromi
persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan)
Komplikasi
1.    kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampuraduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan);
2.    penyakit baru atau perkembangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadikan lebih rumit utk dirawat dan diubati:
Alunan
 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun:
2. irama atau rentak tinggi rendah
Sangkar
1.      Kurungan
2.      Dua meter per segi
Gelaran
panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang;
Adunan
1.tepung yg telah diadun utk membuat kuih;
2. hiasan , alat berdandan
Sangkal
Bantah atau tidak mengaku , berdalih dan berdusta
Gegaran
perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa;

Gerak
1.    perpindahan tempat, lwn diam
2.    denyut, kenyat-kenyut:
Pokok
1.      batang kayu dr pangkal ke atas:
2.      pohon:
Dasar
1.    bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb):
2.    bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang;
Cari
berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu
Mencari-cari
mencari dgn bersungguh-sungguh, terus mencari:
Berganti
bertukar, berubah, beralih menjadi;
Berganti-ganti
bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti:
Terbawa
(tidak sengaja) membawa atau dibawa
Terbawa-bawa
terlibat, tersangkut:

 tadaa ,,  dapat maksud kat dewan bahasa .. so , boleh lah rujuk sikit .. kalau tak tahu .. 



  • Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu disuruh.  Dengan kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti pahat dengan penukul.
  • Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
  • Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya.  Hal ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan skim ini.  Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat nasi sudah menjadi bubur.
haa , ini pun sama dengan soalan m/s :9 . haa , cikgu ambil dari internet . dapat dah jawapan .. thanks to cikgu lina ..
walaupun myra tak kenal ,, tapi blog anda banyak membantu .. :)

myra kagum dengan teknologi di hujung jari .. jawapan pun boleh tanya mr.google .. hahhaa .. 

No comments:

Post a Comment