Friday 2 January 2015

Krabi,Thailand part I

Salam Alayks


first of all , salam duaribulimabelas my dear beloved reader . hari ni mood  nak update pasal percutian ke Krabi , Thailand . nak update cepat cepat sebab takut lupa .

pada mulanya , percutian dirancang oleh my big sister . kami plan nak pergi berdua ja . fe'feeling' nak jadi "traveller versi backpacker" katanya . lepas tu , myra bagitau lah mummy * proses memujuk * . mummy buat kata putus . nak pergi sekeluarga * kecuali abang sebab dia ada exam * .  jadi bertukarlah menjadi "percutian tjnfa sekeluarga tahun 2014" 

First Day (18.12.2014)

flight kami jam empat petang * kalau tak silap * then setibanya di Krabi jam empat petang juga . ( perbezaan satu jam dari Malaysia ) . Alhamdulilah , everything fine . 

keluar sahaja dari airport nampak minah Thailand tengah jual simcard . yang unik-nya .. memang ada pakej untuk tiga hari , empat hari , satu minggu . jadi kakak  pun beli lah yang valid untuk tiga hari . * khas untuk roaming ja . harga 150 bath tak silap . 

lepas tu , kitorang sewa taxi nak pergi hotel . pasal hotel , kakak dah book kat booking.com . so , easy lah . tinggal bagi tau pakcik tu ja . pakcik drebar taxi tu peramah orangnya . dia paham english sikit . dia siap suggestkan kitorang lagi mana tempat menarik . cakap versi "Thai-Lish". Daddy pun angguk-angguk kan ja apa yang pakcik drebar tu cakap . pakcik drebar tu berhenti singgah  kat satu company yang dimana menawarkan pakej pakej percutian . tapi kitorang tak ambil . tapi sesiapa nak ambil boleh ja . tak da masalah pun .

tips ; banyak sangat company offer pakej pakej . depends on you lah . so , toksah pening-pening kepala nak buat apa kat krabi ni . kitorang beli pakej kat town dia ja . sebab harga boleh runding . boleh dapat murah and valuable . :)

setibanya kat hotel *around jam tujuh malam* , kitorang book dua bilik . myra menumpang kat bilik kakak . dydell sebilik dengan mum and dad . kitorang berehat dan sembahyang . lepas isya' kitorang having our dinner lah katakan . kitorang makan kat Bamboo Restaurant . dijamin halal . 

tips : kat krabi senang ja nak cari makanan halal , kalau ragu-ragu boleh tunjuk dan tanya " halal ? halal? " kalau dia angguk maknanya restaurant halal lah tu . 


time ni , myra dan kakak punya makanan baru sampai . pergh , nampak nasi bentuk bintang tu . nasi dia pun sedap . kalau boleh rate , makanan kat thailand ni 5/5 I rate you all !! . hahahah . 

malam tu , it's about jam sepuluh . mum bawa ronda ronda bandar krabi guna "triple-tyre-taxi" (suka hati bagi nama) . sebenarnya , it's look like beca tapi guna motor . tapi orang thailand panggil 'taxi' . best ronda bandar tu malam malam , tak sunyi . macam kedai semua dua puloh empat jam . I really enjoy the ride , because sejuuuk ja , fresh betul angin dia . tak sangka drebar dia muslim . Alhamdulilah , namanya ruth . muka macam macha . pergh . hahahah . so , dia bagi kitorang harga murah punya sebab saudara se-islam katanya . mum pun hire dia untuk keesokan harinya .

Second Day (19.12.2014) . * eh , birthday kiteww *

kitorang keluar dari hotel around jam tujuh lebih , nak sarapan . tak sangka Ruth dah tunggu . **bagus betul la ** then Ruth bawa kitorang pergi sarapan kat satu restoran ni ( guna taxi dia ) . 
intro , ruth . our personal tour guide katakan . we love your triple-tyre-taxi . udara segar .

macam myra bagitau tadi , masya Allah ! sedap . nikmat tujuh belas tahun . tengok sekeliling dia ramai orang Malaysia juga makan . on my birthday , kami buat indoor activity ja . actually , ada ditawarkan di pakej pakej . tapi , mum dah hire ruth jadi drebar kitorang hari tu . 

1)Elephant Ride

yuhoo . benda ni first experience kan . feeling tony ja sikit . naik gajah . kalau ambil pakej , dalam sepuluh minit ja tapi kitorang ambil personal punya . so , sejam merasa kat belakang gajah . geli letak kaki belakang dia . kakak sanggup tak letak kaki sepanjang satu jam tu . hahhaah . 

myra dan kakak dapat gajah versi mak . daddy,mummy dan dydell dapat gajah versi baby . hahah . ** sebab mum takut nak naik tinggi tinggi *

tak sangka yang versi mak tu , suka makan . kejap-kejap berhenti makan pokok . pastuh buang air besar sesuka hati , kentut tak kira masa . dydell tak berhenti ketawa dan mungkin mak gajah ni , jeles dengan myra dan kakak . boleh ja dia bagi toner . ** i mean , hingus dia ** hahahahh . gross . i know i know . versi baby pula kuat merajuk , tak nak jalan lah pula . pakcik tu balik balik marah . hahaha . 

versi baby . nampak merajuk dia ? hahaha .

pegang dagu sikit . gambar kat atas mak gajah . mungkin mak gajah nak ikut selfie kot tulah jeles semacam .. :P
masterpiece mak gajah , jangan hayati . nanti menyesal .

2) Snake shows

Ruth suggest pergi tempat ni , kitorang okeyh ja . timing kitorang pergi , time tu ular tengah bersalin kulit , 


heip , myra taw . kakak lagi comel . jangan compare . tumbuk kang . 

amboi ,ular ni pula yang posing lebih lebin . aish .
 for my birthday present , pergh . dapat urutan dari ular sawa . manada orang dapat hadiah macam tu . pakcik tu cakap , kalau u goyang sikit . tambah kuat dia lilit . sakit . sampai myra tak sanggup bagi reaksi dia macamana . 

3) Night Market

beruntung juga , dapat pergi night market . night market dia availiable on friday till sunday night ja . ni kira last service ruth untuk kitorang lah . 

ruth isi minyak , sebab nak pergi night market dari krabi town take 45 minutes macam tu . Ruth isi 50 bath ja . lebih kurang enam ringgit lah duit Malaysia . 

kat night market . mum , beli ole-ole dan sempat tempah baju untuk kitorang satu family , jenis baju lain lain . tapi design semua sama . thumbs up . 

myra sangat tabik dengan budak sekolah kat sini . ada satu gerai tu , budak tu jual kasut biasa tapi ada design dia sendiri . creative . dia masih pakai baju sekolah berlapis kan jaket dan sementara tunggu customer dia buat kerja rumah . in my eyes . independent girl . tau cari duit sendiri

nampak , peramah betul makcik muslim-thai kat sini . nasib baik pandai cakap kelantan .


p/s : coming soon . part II . doakan saya rajin update blog sepanjang tahun 2k15 ni . :)



No comments:

Post a Comment