Bismillah
Assalamualaikum .
sumber from MazeerMohamad
Peristiwa 1
Peristiwa ini diceritakan oleh seorang Ketua Mujahid Gaza kepada Ustaz
Zaik di mana ketika dalam satu pertempuran, mujahidin memberi arahan
kepada pejuang-pejuang agar tidak membuat serangan terhadap kereta kebal
tentera Israel yang memasuki kawasan mereka. Di mana pada ketika itu,
mereka hanya berbekalkan baki 6 RPG. Namun secara tiba-tiba senjata itu
menembak ke arah kereta kebal tentera Israel tersebut dan memusnahkan
ia.
Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata
mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para
pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Dalam satu temuramah oleh TV Israel bersama tentera Yahudi laknatullah,
mereka menceritakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza keseluruhannya
berpakaian putih. Namun, apa yang aneh adalah, uniform pejuang Hamas
bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Seorang tentera Israel laknatullah yang buat setelah serangan
menceritakan bahawa dia telah dibaling pasir ke matanya dan tidak tahu
siapa yang melakukan perkara tersebut.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai
sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri seolah-olah ia berpatah
balik.
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, tiba-tiba salah satu roket milik Hammas yang
hendak dilancarkan scara tiba-tiba meluncur laju ke udara tanpa ada
sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu tetap mengenai sasaran di
Israel.
Peristiwa 6
Ini yang paling menarik dan paling menakjubkan di mana seorang ulama
Syria telah bermimpi bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Di dalam
mimpi tersebut, beliau nampak Rasulullah SAW sedang mengeluarkan pedang
dari sarungnya dan ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu
mahu pergi?" lalu Baginda Nabi Muhammad SAW menjawab, "Aku mahu
berperang di Gaza!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza. Bagaimana dengan kita?
Itulah sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku dalam
peperangan Palestin dan Israel laknatullah sempat diceritakan oleh
al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza
ketika misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Subhanaallah!! Allahu Akbar!!!
No comments:
Post a Comment