Biasalah , orang yang dilamun cinta . setiap masa nak tanya
. nak update pasal buah hati mereka . So , si gilpreng pun whatsapp lah si
boipreng .
“ wahai bakal imamku , anta tengah buat apa tuu ?”
“ ana tengah plan nak bina masjid ni , busy sikit “
( uiseh guna ayat-ayat cinta islamik )
Si gilpreng , tergamam . banyak persoalan yang berada di minda
. dia nak bina masjid dengan siapa ? awat dia tak bagitau yang dia ada yang
lain ? apakah semua ini ? – Si gilpren tak balas whatsapp .
Malam tu , dia tahajud . Istikharah . minta petunjuk dari
tuhan .
Dia diberi kekuatan untuk bertanya . untuk mendapatkan
sebuah kepastian .
“assalamualaikum , ana tahu , anta busy . ana doakan yang
terbaik buat anta . semoga anta berbahagia bersama pilihan anta . ana tahu ,
pilihan anta itulah yang mampu mendidik anak-anak anta suatu hari nanti . Ana
ada satu soalan . Kenapa anta tak bagitau yang anta dah ada yang punya ? kenapa
buat ana menunggu ? . mohon penjelasan yang jujur dari hati anta “
selepas beberapa minit , si boipreng membalas .
“waalaikumsalam . erm , awak lupa ke . aku arkitek ”
credits to my bae . I enjoy layan imaginasi youu bae .
hahahah . – rasa macam perli myra pun ada-
p/s ; Orang kata perempuan ni susah nak paham , sampai ke
tua pun awak masih tak paham-paham lagi . Perempuan banyak perangai .
kadang-kadang suka ja tengok , kadang-kadang rasa nak baling batu pun ada .
sebab itulah ustaz myra selalu pesan , lelaki sentiasa diuji dengan kesabaran .
*women should be protect* - Selamat Hari Wanita ;)
No comments:
Post a Comment